Thursday, February 19, 2009

KAMI kembali...

+kami.. semakin hari semakin mendekati keakraban itu..+


Ikutkan hati.. mahu sahaja diri ini melepaskan sebuah keluarga yang begitu disayangi. Mujurlah adanya abang-abang, kakak-kakak dan adik-beradik kembar yang yang cukup memahami diri ini. Mereka dengan begitu ikhlas menghulurkan bantuan dan membenarkan bahu mereka untuk dijadikan tempat sandaran ketika diri dilanda masalah dan kesedihan. Mereka dengan kasihnya menyediakan telinga untuk mendengar keluhan hati.. Mereka dengan sabarnya membimbing diri ini kearah satu jalan yang sedang mereka lalui sekarang. Dulu… pintu yang berada di hujung sana tertutup rapat, kini terbuka luas seluas-luasnya mengalu-alukan kedatangan KAMI. Dulu.. jarak kasih sayang antara KAMI jauh sejauh mata memandang, kini dekat sedekat dihati. Jika dulu KAMI dipisahkan oleh satu tembok batu yang kukuh, kini tembok itu sendiri yang rebah menyembah bumi apabila KAMI sendiri yang meruntuhkannya. Kini, KAMI memandang antara satu sama lain, cuba memahami isi hati masing-masing, cuba menyelami perasaan dan mencari persamaan, cuba mendekati dan dan cuba membuang jauh segala punca yang akan meretakkan hubungan yang bakal dijalin. Pencarian itu berakhir apabila satu persamaan terbit diantara KAMI. Persamaan yang membawa KAMI kepada satu perasaan. Perasaan yang membawa KAMI kepada satu jalan. Satu jalan yang dicari dan ingin ditempuhi bersama. Satu jalan yang membawa kepada mengenal satu GURU. Satu jalan yang membawa kami mengenal 3 teratas. Kini, KAMI bersama-sama dalam melayari sebuah kehidupan yang bermatlamatkan satu perjuangan. Hubungan yang terbina antara KAMI kini semakin hari semakin erat, hubungan antara kekeluargaan tercipta, kasih sayang disemai membajai hati. Masalah yang ada dikongsi bersama. KAMI semakin mendekati keakraban itu. KAMI semakin hari semakin mengerti perjuangan yang dibawa oleh kakak-kakak dan abang-abang. KAMI semakin faham apa yang mereka jaga selama ini. Dengan adanya keluarga ini, KAMI tidak lagi keseorangan, KAMI sentiasa ada teman dan sahabat. Dan yang paling penting, KAMI juga mempunyai saudara di sini…


+...teman...sahabat..saudara...+

+daa abang-abang dan kakak-kakak tersayang...=)+

p/s : yang paling best, dapat raser ader abang, kakak dan adik walaupun pada hakikatnya ada diantara KAMI tidak dapat merasai kenikmatan itu…


~okes...
~adios amigos

4 tindak balas:

eVy-D-YaNa said...

ok, kita saudara dan keluarga~ =)

kiera-fishies said...

hehehe...
betul2..
nanti dapat adik free lak
43 kot..=)

chillsberry said...

all the best pada team ni ;)

kiera-fishies said...

Mekasih2...=)
bile mau belanje kami MCD??
nanti abg amin da takder da kat sinie